Sunday, December 27, 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEMUA PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI & IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN KAWALAN KESELAMATAN SENTRAL (M) SDN BHD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONI DI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH, 42200 KAPAR KLANG SELANGOR

Perkara diatas dengan hormatnya dirujuk.

Untuk makluman semua penduduk bagi Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, pihak persatuan penduduk telah pun melantik Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd untuk menjaga keselamatan di keseluruhan kawasan perumahan ini. Ianya adalah berdasarkan sebutharga serta servis yang akan di sediakan berbanding dengan beberapa lagi Syarikat Kawalan Keselamatan yang telah memberikan sebutharga kepada pihak persatuan.

Sebelum ini kita sering di kejutkan dengan kejadian pecah rumah dan samun di kawasan perumahan kita, di atas dasar keperihatinan itu, pihak persatuan telahpun berusaha untuk mengujudkan kawalan keselamatan yang mana ianya bertujuan untuk mengurangkan kes pecah rumah dan samun serta sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis membenteras kejadian jenayah. Dengan adanya kawalan keselamatan ini juga, ianya berkemungkinan dapat meningkatkan harga pasaran rumah di penempatan kita.

Buat permulaan ini hanya 2 pos pengawal disediakan, namun pihak persatuan telah berbincang dengan Syarikat kawalan keselamatan untuk menambah satu pos lagi di kawasan belakang perumahan Fasa Impian. Itu pun bergantung kepada sambutan penduduk untuk menerima tawaran perkhidmatan daripada syarikat kawalan keselamatan tersebut. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 pada setiap bulan dan jumlah ini mungkin boleh dikurangkan sekiranya lebih ramai penghuni menyertainya.

Oleh yang demikian pihak persatuan berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama untuk menyertai usaha yang telah dijalankan oleh pihak persatuan. Sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan mengenai kawalan keselamatan boleh berhubung dengan Pn Roslina binti Abdul Rauf ditalian 018-3964106 ( syarikat keselamatan ) atau pun berhubung dengan pihak persatuan penduduk.

Di harap semua penduduk dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengadakan kawalan keselamatan di penempatan kita. Sebarang cadangan dan padangan bagi meningkatkan lagi mutu kawalan keselamatan amatlah dialu-alukan dari semua pihak demi kebaikan kita bersama.

Sekian.Terima Kasih.

Taman kita tanggungjawab kita