Monday, August 24, 2009

PENGUMUMAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t . buat semua penduduk yang beragama islam bagi Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

Pihak Persatuan ingin memaklumkan bahawa kariah bagi kawasan taman kita adalah di dalam kawasan Perepat. Oleh itu segala urusan bersangkutan keagamaan , kematian, pengkebumian dan sebagainya perlulah merujuk kepada Masjid Umairiah lama yang berhadapan dengan jalan utama.

Solat sunat terawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri juga ada di jalankan di masjid ini. Oleh itu marilah kita beramai-ramai mengimarahkan lagi masjid ini. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan pihak masjid ataupun pihak persatuan.

# pihak persatuan masih menunggu borang ahli kariah daripada pengurusan masjid untuk diedarkan kepada semua penduduk yang beragama islam

Sunday, August 23, 2009

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Penduduk

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera buat semua penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

Pihak persatuan, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kerana telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program Kibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut Kemerdekaan negara yang ke 52.

Pihak persatuan berharap di masa akan datang akan banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang akan di jalankan. Oleh itu segala cadangan ataupun pandangan daripada penduduk amatlah di perlukan bagi memajukan persatuan ini.

Di kesempatan ini, pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 dan berhati-hati lah di jalan raya bagi mereka yang ingin pulang ke kampung pada hujung minggu ini...

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA

Antara penduduk yang hadir memberikan sokongan

Semangat patriotik yang di tunjukkan oleh penduduk setempat




Thursday, August 20, 2009

kempen kibarkan Jalur Gemilang 2009

Nak gantung dimana tu bang ....


jaga2.. nanti jatuh pulak

Bendera yang telah siap di kibarkan

Antara gambar yang sempat diambil

Wah!! bersemangatnya ...

Buat Penduduk Fasa Gemilang,Harmoni dan Impian,

Pihak AJK persatuan telah memulakan kempen untuk mengibarkan Jalur Gemilang di taman kita. Jalur Gemilang ini telah di kibarkan di hadapan jalan utama ke taman kita. Pihak persatuan berharap agar semua penduduk dapat mengibarkannya di setiap rumah.. Jalur Gemilang ini boleh di dapati secara percuma daripada persatuan pada 23/8/2009.

Wednesday, August 19, 2009

PEMBERITAHUAN



SEMUA PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI &IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH


TAKLIMAT DAN PENYERAHAN BENDERA SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE - 52

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, pihak persatuan penduduk ingin mengadakan taklimat khas mengenai penubuhan persatuan penduduk disamping menyerahkan bendera malaysia kepada semua penduduk di taman ini. Ini merupakan aktiviti permulaan bagi persatuan. Bendera ini boleh diperolehi secara percuma daripada pihak persatuan. Aktiviti ini akan diadakan pada:

Tarikh : 23hb Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Padang Permainan di antara Fasa Gemilang dan Harmoni

Oleh itu pihak persatuan berharap tuan/puan sudi menghadirkan diri bagi mendapatkan bendera untuk dikibarkan di kediaman masing-masing. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian.Terima Kasih.

Alias Bin Sariman
Pengerusi Persatuan penduduk

Monday, August 17, 2009

Undang-Undang Persatuan




























































































Kata-Kata Aluan Pengerusi Persatuan

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera buat semua penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

Saya selaku pengerusi Persatuan Penduduk ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua AJK yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta material bagi menjayakan penubuhan persatuan ini. Tak dilupakan juga kepada semua penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah yang memberikan sokongan yang padu. Sungguhpun tidak ada kejayaan tanpa kerjasama dan pengorbanan.

Persatuan Penduduk ini telah berjaya di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Persatuan( R.O.S ) pada 18hb Jun 2009. Dengan adanya Persatuan Penduduk, diharap segala komen dan cadangan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar.

Ahli Jawatankuasa Persatuan yang telah dilantik terdiri daripada kalangan yang berdedikasi untuk memastikan penduduk akan sentiasa ceria dan selamat. Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang, pihak persatuan juga telah mengadakan blogs persatuan sebagai halaman komuniti online bagi penduduk untuk mengetahui maklumat dan berita terkini tentang aktiviti persatuan.

Saya juga berharap agar 3 fasa yang berlainan yang telah bergabung dapat membentuk satu komuniti yang mesra serta saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Saya juga berharap agar semua penduduk yang berlainan fahaman politik dapat bersatu padu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan kita semua.

Oleh yang demikian saya amatlah menyeru kepada semua penduduk agar segera mendaftarkan diri untuk menyertai persatuan ini demi kebaikan kita bersama.Taman kita adalah tanggungjawab kita. Oleh itu sama-samalah kita menjaganya.
Sekian

Alias Bin Sariman
Pengerusi Persatuan penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Persatuan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua penduduk fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, persatuan penduduk ini telah berjaya di daftarkan dengan pertubuhan persatuan pada bulan Jun 2009. oleh yang demikian pihak persatuan berharat agar semua penduduk mendaftar untuk menjadi ahli persatuan Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, Taman Sungai Kapar IndaH