Thursday, April 25, 2013

MESYUARAT AGONG PERSATUAN PENDUDUK BUAT KALI KE 2


NOTIS PEMBERITAHUAN

 

 

PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI & IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

15hb April 2013

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SENAMROBIK DAN MESYUARAT AGUNG  KEDUA PERSATUAN  PENDUDUK FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

 Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa pihak persatuan akan mengadakan senamrobik dan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang kedua pada :-

 
Tarikh             :           28 hb April 2013 ( Ahad )
Masa                :           07.30 Pagi
Tempat :           Taman Permainan di antara Fasa Gemilang dan Harmoni

Di antara program yang akan diadakan ialah :-
1.       Senamrobik
2.       Ceramah Kesihatan dari Pegawai Kesihatan Daerah Klang
3.       Penerangan Cegah Jenayah  daripada Pihak Polis
4.       Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah.
5.       Cabutan bertuah dan sarapan pagi di sediakan

 

Tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sumbangan ikhlas daripada pihak
tuan/puan ketabung Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian yang disediakan amatlah diharapkan.

 

Sekian, Terima Kasih.

SETIAUSAHA PERSATUAN.