Sunday, January 3, 2010

Tahun 2010

Salam sejahtera buat Seluruh Warga Taman dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Tahun 2009 sudah berlalu dan kini kita akan menempuh tahun 2010 dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi serta perlu mengekal semangat permuafakatan diantara semua penghuni tanpa mengira kaum dan agama.

Pihak persatuan berharap agar tahun 2010 ini akan banyak lagi aktiviti yang akan di jalankan bagi memantapkan lagi persatuan kita.Pihak persatuan amat mengharapkan agar semua penghuni dapat bersama-sama menjayakan sebarang aktiviti yang akan diadakan oleh pihak persatuan demi kebaikan kita semua.

Pada akhir tahun 2009 juga menyaksikan bahawa pihak persatuan telah berjaya mewujudkan satu kawalan keselamatan di taman kita.Ini adalah tujuan utama Persatuan Penduduk Fasa Gemilang Harmoni dan Impian di tubuhkan iaitu bagi mengujudkan persekitaran yang selamat serta dapat mengurangkan kadar jenayah. Namun begitu perkhidmatan kawalan keselamatan ini ianya masih belum dapat beroperasi sepenuhnya kerana ianya masih memerlukan sokongan daripada semua penghuni taman.

Untuk Rekod semua, sudah 2 kejadian pecah rumah dapat dipatahkan oleh pihak keselamatan iaitu:
1. Di Jalan 5A/KU7
2. Di Jalan 4C/KU7
Ini dapat membuktikan bahawa dengan adanya kawalan keselamatan di Taman kita ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian pecah rumah di kawasan kita.

Oleh itu sama-samalah kita fikirkan dan renungkanlah. Taman Kita tanggungjawab kita bersama.