Wednesday, May 9, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Gemilang Harmoni dan juga Impian, Taman Sungai Kapar Indah .


Untuk makluman semua penduduk, terdapat satu kematian yang telah berlaku di taman kita baru2 ini akibat daripada wabak denggi. Justeru daripada itu, pihak persatuan dengan ini akan mengadakan satu majlis gotong royong bersama dengan pihak Majlis Perbandaran Klang bagi membersihkan persekitaran kawasan kita. oleh yang demikian pihak persatuan menyeru agar semua penduduk memberikan kerjasama menjaya gotong royong ini yang akan diadakan pada

Tarikh : 20hb May 2012 ( Ahad )

Masa : 7.00 pagi

Lokasi berkumpul : Di padang berhadapan antara Fasa Gemilang & Harmoni


Di harap semua penduduk dapat membawa peralatan yang sesuai bagi menjayakan majlis itu. Plastic beg agar di berikan kepada setiap rumah pada hari tersebut.Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai perabut atau barang-barang yang tidak terpakai boleh lah membuangnya pada hari tersebut kerana pihak MPk akan menyediakan lori bagi mengangkatnya.

Segala kerjasama daripada semua penduduk pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih

sekian