Thursday, June 10, 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN KESELAMATAN

PENDUDUK FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH


PER: KAWALAN KESELAMATAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN

Rujuk:
A. Surat makluman penamatan perkhidmatan kawalan terdahulu
B. Perbincangan Persatuan Penduduk. Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian dengan
Pengurus Kawalan Keselamatan pada 2hb Jun 2010

1.Berhubung dengan perkara dan rujuk, dimaklumkan Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah telah mempertimbangkan rayuan dari Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd bagi meneruskan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi taman ini. Kebenaran untuk meneruskan perkhidmatan kawalan keselamatan ini adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

a.Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd beri tempuh lanjutan selama 3 bulan
mulai 1hb Jun 2010 hingga 30hb Ogos 2010.

b.Menyediakan tiga pengawal keselamatan bagi siang hari dan tiga pengawal bagi
malam hari.

c.Mempastikan kawalan palang keselamatan dilakukan seperti mana dipersetujui:

i. Palang keselamatan bahagian hadapan ( Petronas/Jalan 5A )akan diturunkan
mulai jam 00.00 hingga jam 06.00 dengan diselia oleh seorang pengawal
sepanjang tempuh tersebut (pengawal dikehendaki menunggu di palang dan
menaikkan palang untuk memberikan laluan kepada penduduk taman ini yang
keluar/masuk dan juga bagi orang-orang yang dikenalpasti tujuan dan
maksud. Tiada kebenaran kepada sesiapa sahaja yang bukan penduduk taman
ini yang tiada tujuan dan urusan di taman ini.
ii. Palang keselamatan bahagian belakang (Penghujung Jalan/Jalan 5O)
diturunkan mulai jam 2300 hingga jam 0630 dan pengawal dikehendaki
berada di pos kawalan sepanjang tempuh tersebut.

iii.Membuat rondaan keselamatan setiap 2 jam melalui perimeter taman ini.

2.Penduduk taman ini di minta memberikan kerjasama dalam penilaian keberkesanan kawalan keselamatan yang diberikan. Maklumat atau teguran mengenai kepincangan perkhidmatan kawalan keselamatan ini boleh disalurkan kepada persatuan melalui AJK ataupun melalui blog persatuan (http://gemilangharmoniimpian.blogspot.com).

3.Bayaran perkhidmatan masih seperti mana biasanya iaitu RM 35.00 sebulan yang mana ianya menjadi tanggungjawab setiap pengguna perkhidmatan kawalan keselamatan ini untuk membayarnya.

4.Juga dimaklumkan perkhidmatan kawalan keselamatan ini akan terbatal terus atau ditamatkan terus tanpa sebarang rundingan lagi dengan syarikat kawalan keselamatan Sentral selaku pemberi khidmat, sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak menepati persetujuan yang di capai melalui para 1.

5.Pembayaran perkhidmatan kawalan keselamatan ini adalah menjadi tanggungjawab pengguna perkhidmatan.

6.Penduduk taman ini akan dimaklumkan tentang pemberhentian perkhidmatan ini apabila syarikat kawalan keselamatan sekarang (Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd ) ini gagal memberikan perkhidmatan seperti dipersetujui. Kawalan keselamatan dari syarikat yang lain akan dicari sekiranya ini berlaku.

Sekian untuk makluman semua penduduk.

BERKHIDMAT KE ARAH KESEJAHTERAAN SEMUA

B/p
Alias Bin Sariman
Pengerusi Persatuan Penduduk
Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian