Monday, August 17, 2009

Kata-Kata Aluan Pengerusi Persatuan

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera buat semua penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

Saya selaku pengerusi Persatuan Penduduk ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua AJK yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta material bagi menjayakan penubuhan persatuan ini. Tak dilupakan juga kepada semua penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah yang memberikan sokongan yang padu. Sungguhpun tidak ada kejayaan tanpa kerjasama dan pengorbanan.

Persatuan Penduduk ini telah berjaya di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Persatuan( R.O.S ) pada 18hb Jun 2009. Dengan adanya Persatuan Penduduk, diharap segala komen dan cadangan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar.

Ahli Jawatankuasa Persatuan yang telah dilantik terdiri daripada kalangan yang berdedikasi untuk memastikan penduduk akan sentiasa ceria dan selamat. Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang, pihak persatuan juga telah mengadakan blogs persatuan sebagai halaman komuniti online bagi penduduk untuk mengetahui maklumat dan berita terkini tentang aktiviti persatuan.

Saya juga berharap agar 3 fasa yang berlainan yang telah bergabung dapat membentuk satu komuniti yang mesra serta saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Saya juga berharap agar semua penduduk yang berlainan fahaman politik dapat bersatu padu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan kita semua.

Oleh yang demikian saya amatlah menyeru kepada semua penduduk agar segera mendaftarkan diri untuk menyertai persatuan ini demi kebaikan kita bersama.Taman kita adalah tanggungjawab kita. Oleh itu sama-samalah kita menjaganya.
Sekian

Alias Bin Sariman
Pengerusi Persatuan penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah.

No comments:

Post a Comment