Tuesday, February 9, 2010

Kuliah Maghrib

Salam buat penduduk beragama Islam

kuliah Maghrib yang sepatutnya diadakan pada 10/2/2010 telah di tunda tarikhnya kepada 12/2/2010 hari jumaat malam diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan manakala kuliah pada 13/2/2010 di teruskan seperti biasa..

harap maklum

Sunday, February 7, 2010

PEMBERITAHUAN ( Ceramah Agama )

Salam buat penduduk yang beragama Islam.

Satu Kuliah maghrib aakan diadakan di Masjid Umariah ( Lama ) pada

Tarikh : 10hb Febuary 2010
Penceramah : Ustaz Saifuddin

Tarikh : 13hb Febuari 2010
Penceramah : Ustaz Abd Halim

semua penduduk yang beragama islam di jemput hadir

Sunday, January 3, 2010

Tahun 2010

Salam sejahtera buat Seluruh Warga Taman dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Tahun 2009 sudah berlalu dan kini kita akan menempuh tahun 2010 dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi serta perlu mengekal semangat permuafakatan diantara semua penghuni tanpa mengira kaum dan agama.

Pihak persatuan berharap agar tahun 2010 ini akan banyak lagi aktiviti yang akan di jalankan bagi memantapkan lagi persatuan kita.Pihak persatuan amat mengharapkan agar semua penghuni dapat bersama-sama menjayakan sebarang aktiviti yang akan diadakan oleh pihak persatuan demi kebaikan kita semua.

Pada akhir tahun 2009 juga menyaksikan bahawa pihak persatuan telah berjaya mewujudkan satu kawalan keselamatan di taman kita.Ini adalah tujuan utama Persatuan Penduduk Fasa Gemilang Harmoni dan Impian di tubuhkan iaitu bagi mengujudkan persekitaran yang selamat serta dapat mengurangkan kadar jenayah. Namun begitu perkhidmatan kawalan keselamatan ini ianya masih belum dapat beroperasi sepenuhnya kerana ianya masih memerlukan sokongan daripada semua penghuni taman.

Untuk Rekod semua, sudah 2 kejadian pecah rumah dapat dipatahkan oleh pihak keselamatan iaitu:
1. Di Jalan 5A/KU7
2. Di Jalan 4C/KU7
Ini dapat membuktikan bahawa dengan adanya kawalan keselamatan di Taman kita ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian pecah rumah di kawasan kita.

Oleh itu sama-samalah kita fikirkan dan renungkanlah. Taman Kita tanggungjawab kita bersama.


Sunday, December 27, 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEMUA PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI & IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN KAWALAN KESELAMATAN SENTRAL (M) SDN BHD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONI DI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH, 42200 KAPAR KLANG SELANGOR

Perkara diatas dengan hormatnya dirujuk.

Untuk makluman semua penduduk bagi Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, pihak persatuan penduduk telah pun melantik Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd untuk menjaga keselamatan di keseluruhan kawasan perumahan ini. Ianya adalah berdasarkan sebutharga serta servis yang akan di sediakan berbanding dengan beberapa lagi Syarikat Kawalan Keselamatan yang telah memberikan sebutharga kepada pihak persatuan.

Sebelum ini kita sering di kejutkan dengan kejadian pecah rumah dan samun di kawasan perumahan kita, di atas dasar keperihatinan itu, pihak persatuan telahpun berusaha untuk mengujudkan kawalan keselamatan yang mana ianya bertujuan untuk mengurangkan kes pecah rumah dan samun serta sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis membenteras kejadian jenayah. Dengan adanya kawalan keselamatan ini juga, ianya berkemungkinan dapat meningkatkan harga pasaran rumah di penempatan kita.

Buat permulaan ini hanya 2 pos pengawal disediakan, namun pihak persatuan telah berbincang dengan Syarikat kawalan keselamatan untuk menambah satu pos lagi di kawasan belakang perumahan Fasa Impian. Itu pun bergantung kepada sambutan penduduk untuk menerima tawaran perkhidmatan daripada syarikat kawalan keselamatan tersebut. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 pada setiap bulan dan jumlah ini mungkin boleh dikurangkan sekiranya lebih ramai penghuni menyertainya.

Oleh yang demikian pihak persatuan berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama untuk menyertai usaha yang telah dijalankan oleh pihak persatuan. Sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan mengenai kawalan keselamatan boleh berhubung dengan Pn Roslina binti Abdul Rauf ditalian 018-3964106 ( syarikat keselamatan ) atau pun berhubung dengan pihak persatuan penduduk.

Di harap semua penduduk dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengadakan kawalan keselamatan di penempatan kita. Sebarang cadangan dan padangan bagi meningkatkan lagi mutu kawalan keselamatan amatlah dialu-alukan dari semua pihak demi kebaikan kita bersama.

Sekian.Terima Kasih.

Taman kita tanggungjawab kita

Wednesday, October 28, 2009

Gambar jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali








Salam sejahtera buat semua,,
Maaf kerana lambat untuk memaparkan gambar kenangan semasa jamuan Hari Raya AidilFitri dan juga Deepavali.. di sini pihak persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang secara langsung atau tidak langsung menjayakan program kemasyarakatan ini. kelihatan disini semangat gotong-royong dan hormat menghormati diantara pelbagai kaum amat penting bagi memelihara kesejahteraan dan keharmoni sesama kita...

Pihak persatuan berharap agar dimasa akan datang lebih ramai penduduk taman akan tampil memberikan pandangan atau cadangan yang bernas bagi menjalankan aktiviti untuk semua penduduk ...


Kerjasama daripada semua penghuni taman amatlah di harapkan....


Saturday, October 10, 2009

Borang Penyertaan Ibadah QurbanTahun 1430H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,,

Pihak persatuan ingin memaklumkan kepada semua penduduk yang beragama islam di Fasa Gemilang, harmoni dan impian bahawa Masjid Umariah (lama) Kampung Perepat telah mengedarkan borang untuk menyertai IBADAH QURBAN bagi tahun ini. Bagi penduduk yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi pihak pengurusan masjid dengan segera. bersama ini disertakan borang permohonan untuk perhatian semua...




SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua penghuni taman,

Belum terlambat rasanya pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat penduduk yang beragama Islam dan buat penganut agama Hindu selamat menyambut Hari Deepavali yang akan menjelang tiba tidak lama lagi...

Untuk makluman semua, Pihak persatuan akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Deepavali serentak pada:

Tarikh : 18hb Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang - 05.00 Petang
Tempat : Taman Permainan Di antara Fasa Gemilang dan Harmoni

Sehubungan itu pihak persatuan ingin memohon sumbangan sebanyak RM 20.00 bagi setiap rumah bagi menampung kos perbelanjaan yang akan digunakan untuk menjayakan program ini. Antara Ahli Jawatan kuasa yang telah di lantik untuk membuat kutipan ialah:

Fasa Impian:
En Hamzah Bin Mohamad - No 5, Jalan Harapan 4/KU7
En Hashim Bin Mohamad - No 21, Jalan Harapan 4/KU7
En Azman Bin Hashim - No 8, Jalan Harapan 4A/KU7

Fasa Harmoni
En Mohd Idris Bin Karim - No12 Jalan Harapan 5B/KU7
En Saiful Bahari Bin Sulaiman - No 2 Jalan Harapan 5G/KU7,
En Azlan Bin Yusof - No 8, Jalan Harapan 5H/KU7

Fasa Gemilang
En Azad Bin Husin - No 7 Jalan Harapan 5O/KU7
En Ishak Bin Johar - No 7, Jalan Harapan 5K/KU7

Oleh yang demikian pihak persatuan berharap agar semua penduduk dapar hadir beramai-ramai bagi memeriahkkan lagi majlis tersebut .Disamping itu juga dengan adanya majlis ini akan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara penduduk.

Kerjasama daripada semua penduduk amatlah di harapkan.