Wednesday, April 27, 2011

Senarai Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Bagi Tahun 2011/2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga Taman Fasa Gemilang harmoni dan Impian, Sungai Kapar Indah.

Hasil Mesyuarat Agong pertama persatuan penduduk pada 24hb April 2011 di sini di sertakan senarai Ahli JawatanKuasa yang baru bagi tahun 2011/2012 untuk tatapan dan perhatian semua.

1.Penasihat : Ishak Bin Johar - Gemilang
2.Pengerusi Persatuan : Alias Bin Sariman - Impian
3.Naib Pengerusi I : Zakaria Bin Ismail - Gemilang
4.Naib Pengerusi II : Mohd Idris Bin Karim - Harmoni
5.Naib Pengerusi III : Saiful Anuar Bin Ali Amran - Impian
6.Setiausaha : Mokhtarudin Bin Mohamad Nor - Impian
7.Penolong Setiausaha I : Balasubramaniam - Gemilang
8.Penolong Setiausaha II: Saiful Bahari Bin Haji Sulaiman - Harmoni
9.Bendahari : Zahari Bin Zakaria - Impian
10.Penolong Bendahari : Haji Mohd Faizal Bin Abdul Majid - Gemilang
11.AJK : Hashim Bin Mohamad - Impian
12.AJK : Mohd Desa Bin Hosman - Gemilang
13.AJK : Azlan Bin Yusof - Harmoni
14.AJK : Khairul Ariffin Bin Mohd Nor - Gemilang
15.AJK : Abdul Basit Bin Abdul Hassan - Harmoni
16.AJK : Hamzah Bin Mohamad - Impian
17.AJK : Yusoff Bin Salikin - Impian
18.AJK : JayaGopi a/l Chelappan - Harmoni
19.AJK : Azman Bin Hashim - Impian
20.AJK : Kenny Yap ZeeChieun - Harmoni
21.AJK : Shaharudin Bin Rahmat - Harmoni
22.AJK : R. Azmi Bin Ismail - Gemilang
23.AJK : Hero Salleh Yeup Khalid - Harmoni
24.AJK : Haji Azad Bin Hussin - Gemilang
25.AJK : Haji Mohd Isa Bin Mohamad - Gemilang
26.AJK : Zainuddin Bin Shafie - Impian
27.AJK : Mohd Zaidi Bin Suffian - Gemilang
28.AJK Wanita : Ramlah Bin Embong - Harmoni
29.Pemeriksa Kira-Kira : Hero Salleh Bin Yeup Khalid - Harmoni
Sebarang masalah atau pandangan yang bernas bolehlah di salurkan kepada mereka untuk di utarakan kepada pihak persatuan

sekian

Wednesday, April 20, 2011

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEMUA PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI & IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

15hb April 2011

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa pihak persatuan akan mengadakan mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang pertama pada :-

Tarikh : 24 hb April 2011 ( Ahad )
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Taman Permainan di antara Fasa Gemilang dan Harmoni


Oleh yang demikian tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai. Jamuan ringan di sediakan

Sekian ,

Thursday, June 10, 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN KESELAMATAN

PENDUDUK FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH


PER: KAWALAN KESELAMATAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN

Rujuk:
A. Surat makluman penamatan perkhidmatan kawalan terdahulu
B. Perbincangan Persatuan Penduduk. Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian dengan
Pengurus Kawalan Keselamatan pada 2hb Jun 2010

1.Berhubung dengan perkara dan rujuk, dimaklumkan Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah telah mempertimbangkan rayuan dari Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd bagi meneruskan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi taman ini. Kebenaran untuk meneruskan perkhidmatan kawalan keselamatan ini adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

a.Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd beri tempuh lanjutan selama 3 bulan
mulai 1hb Jun 2010 hingga 30hb Ogos 2010.

b.Menyediakan tiga pengawal keselamatan bagi siang hari dan tiga pengawal bagi
malam hari.

c.Mempastikan kawalan palang keselamatan dilakukan seperti mana dipersetujui:

i. Palang keselamatan bahagian hadapan ( Petronas/Jalan 5A )akan diturunkan
mulai jam 00.00 hingga jam 06.00 dengan diselia oleh seorang pengawal
sepanjang tempuh tersebut (pengawal dikehendaki menunggu di palang dan
menaikkan palang untuk memberikan laluan kepada penduduk taman ini yang
keluar/masuk dan juga bagi orang-orang yang dikenalpasti tujuan dan
maksud. Tiada kebenaran kepada sesiapa sahaja yang bukan penduduk taman
ini yang tiada tujuan dan urusan di taman ini.
ii. Palang keselamatan bahagian belakang (Penghujung Jalan/Jalan 5O)
diturunkan mulai jam 2300 hingga jam 0630 dan pengawal dikehendaki
berada di pos kawalan sepanjang tempuh tersebut.

iii.Membuat rondaan keselamatan setiap 2 jam melalui perimeter taman ini.

2.Penduduk taman ini di minta memberikan kerjasama dalam penilaian keberkesanan kawalan keselamatan yang diberikan. Maklumat atau teguran mengenai kepincangan perkhidmatan kawalan keselamatan ini boleh disalurkan kepada persatuan melalui AJK ataupun melalui blog persatuan (http://gemilangharmoniimpian.blogspot.com).

3.Bayaran perkhidmatan masih seperti mana biasanya iaitu RM 35.00 sebulan yang mana ianya menjadi tanggungjawab setiap pengguna perkhidmatan kawalan keselamatan ini untuk membayarnya.

4.Juga dimaklumkan perkhidmatan kawalan keselamatan ini akan terbatal terus atau ditamatkan terus tanpa sebarang rundingan lagi dengan syarikat kawalan keselamatan Sentral selaku pemberi khidmat, sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak menepati persetujuan yang di capai melalui para 1.

5.Pembayaran perkhidmatan kawalan keselamatan ini adalah menjadi tanggungjawab pengguna perkhidmatan.

6.Penduduk taman ini akan dimaklumkan tentang pemberhentian perkhidmatan ini apabila syarikat kawalan keselamatan sekarang (Kawalan Keselamatan Sentral Sdn Bhd ) ini gagal memberikan perkhidmatan seperti dipersetujui. Kawalan keselamatan dari syarikat yang lain akan dicari sekiranya ini berlaku.

Sekian untuk makluman semua penduduk.

BERKHIDMAT KE ARAH KESEJAHTERAAN SEMUA

B/p
Alias Bin Sariman
Pengerusi Persatuan Penduduk
Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian

Tuesday, February 9, 2010

Kuliah Maghrib

Salam buat penduduk beragama Islam

kuliah Maghrib yang sepatutnya diadakan pada 10/2/2010 telah di tunda tarikhnya kepada 12/2/2010 hari jumaat malam diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan manakala kuliah pada 13/2/2010 di teruskan seperti biasa..

harap maklum

Sunday, February 7, 2010

PEMBERITAHUAN ( Ceramah Agama )

Salam buat penduduk yang beragama Islam.

Satu Kuliah maghrib aakan diadakan di Masjid Umariah ( Lama ) pada

Tarikh : 10hb Febuary 2010
Penceramah : Ustaz Saifuddin

Tarikh : 13hb Febuari 2010
Penceramah : Ustaz Abd Halim

semua penduduk yang beragama islam di jemput hadir

Sunday, January 3, 2010

Tahun 2010

Salam sejahtera buat Seluruh Warga Taman dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Tahun 2009 sudah berlalu dan kini kita akan menempuh tahun 2010 dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi serta perlu mengekal semangat permuafakatan diantara semua penghuni tanpa mengira kaum dan agama.

Pihak persatuan berharap agar tahun 2010 ini akan banyak lagi aktiviti yang akan di jalankan bagi memantapkan lagi persatuan kita.Pihak persatuan amat mengharapkan agar semua penghuni dapat bersama-sama menjayakan sebarang aktiviti yang akan diadakan oleh pihak persatuan demi kebaikan kita semua.

Pada akhir tahun 2009 juga menyaksikan bahawa pihak persatuan telah berjaya mewujudkan satu kawalan keselamatan di taman kita.Ini adalah tujuan utama Persatuan Penduduk Fasa Gemilang Harmoni dan Impian di tubuhkan iaitu bagi mengujudkan persekitaran yang selamat serta dapat mengurangkan kadar jenayah. Namun begitu perkhidmatan kawalan keselamatan ini ianya masih belum dapat beroperasi sepenuhnya kerana ianya masih memerlukan sokongan daripada semua penghuni taman.

Untuk Rekod semua, sudah 2 kejadian pecah rumah dapat dipatahkan oleh pihak keselamatan iaitu:
1. Di Jalan 5A/KU7
2. Di Jalan 4C/KU7
Ini dapat membuktikan bahawa dengan adanya kawalan keselamatan di Taman kita ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian pecah rumah di kawasan kita.

Oleh itu sama-samalah kita fikirkan dan renungkanlah. Taman Kita tanggungjawab kita bersama.


Sunday, December 27, 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEMUA PENDUDUK
FASA GEMILANG,HARMONI & IMPIAN
TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN KAWALAN KESELAMATAN SENTRAL (M) SDN BHD UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONI DI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH, 42200 KAPAR KLANG SELANGOR

Perkara diatas dengan hormatnya dirujuk.

Untuk makluman semua penduduk bagi Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, pihak persatuan penduduk telah pun melantik Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd untuk menjaga keselamatan di keseluruhan kawasan perumahan ini. Ianya adalah berdasarkan sebutharga serta servis yang akan di sediakan berbanding dengan beberapa lagi Syarikat Kawalan Keselamatan yang telah memberikan sebutharga kepada pihak persatuan.

Sebelum ini kita sering di kejutkan dengan kejadian pecah rumah dan samun di kawasan perumahan kita, di atas dasar keperihatinan itu, pihak persatuan telahpun berusaha untuk mengujudkan kawalan keselamatan yang mana ianya bertujuan untuk mengurangkan kes pecah rumah dan samun serta sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis membenteras kejadian jenayah. Dengan adanya kawalan keselamatan ini juga, ianya berkemungkinan dapat meningkatkan harga pasaran rumah di penempatan kita.

Buat permulaan ini hanya 2 pos pengawal disediakan, namun pihak persatuan telah berbincang dengan Syarikat kawalan keselamatan untuk menambah satu pos lagi di kawasan belakang perumahan Fasa Impian. Itu pun bergantung kepada sambutan penduduk untuk menerima tawaran perkhidmatan daripada syarikat kawalan keselamatan tersebut. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 pada setiap bulan dan jumlah ini mungkin boleh dikurangkan sekiranya lebih ramai penghuni menyertainya.

Oleh yang demikian pihak persatuan berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama untuk menyertai usaha yang telah dijalankan oleh pihak persatuan. Sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan mengenai kawalan keselamatan boleh berhubung dengan Pn Roslina binti Abdul Rauf ditalian 018-3964106 ( syarikat keselamatan ) atau pun berhubung dengan pihak persatuan penduduk.

Di harap semua penduduk dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengadakan kawalan keselamatan di penempatan kita. Sebarang cadangan dan padangan bagi meningkatkan lagi mutu kawalan keselamatan amatlah dialu-alukan dari semua pihak demi kebaikan kita bersama.

Sekian.Terima Kasih.

Taman kita tanggungjawab kita