Tarikh
: 21hb Januari 2014
Penduduk Fasa
Gemilang, Harmoni dan Impian
Taman Sungai
Kapar Indah
42200
Kapar Klang
Tuan/puan
ADUAN, MASALAH ATAU CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN BAGI MEMELIHARA KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN BAGI PENDUDUK DI
FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN, TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH , KLANG SELANGOR
Adalah dengan ini pihak persatuan ingin memaklumkan
bahawa Pihak Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, Taman Sungai
Kapar Indah akan bekerjasama dengan persatuan perduduk di sekitar Taman Sungai
Kapar Indah bagi mengadakan Sesi Dialog Bersama dengan YB Dr Daroyah Binti Alwi
serta Badan-badan kerajaan yang berkaitan. Majlis ini dijangka akan di adakan
pada pertengahan bulan Febuari 2014 ini. Maklumat lanjut akan di beritahu dari
masa ke semasa melalui facebook dan blogs
persatuan.
Oleh yang demikian, pihak persatuan ingin memohon
kerjasama semua penduduk yang mempunyai sebarang aduan atau pun cadangan yang
bernas bagi mempertingkatkan lagi keselamatan, keharmonian dan keindahan kawasan
kita. Contoh aduannya adalah seperti aduan anjing liar, sampah tidak dikutip, peralatan
taman rosak, jalan rosak, aduan/cadangan mengenai keselamatan dan sebagainya
yang di fikirkan perlu dan sesuai.
Borang aduan/cadangan ini hendaklah di hantar
kepada pihak persatuan selewat-lewatnya pada 5hb Febuari 2014. Selepas itu
pihak persatuan akan mengumpulkan semua aduan tersebut dan akan diserahkan
kepada pihak yang berkenaan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga memperolehi
borang aduan ini daripada:-
1. Facebook persatuan
- gemilangharmoniimpian/facebook
2. Blogs Persatuan - gemilangharmoniimpian.blogspot.com
Setiap aduan hendaklah
disertakan dengan gambar dengan lokasi aduan agar senang untuk di ambil
tindakan yang sewajarnya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah
berhubung dengan timbalan persatuan disetiap
fasa iaitu:
1. En Zakaria Bin Ismail ( Pengerusi
Persatuan ) - 0163864459
2. Mokhtarudin Bin Mohamad
Nor ( Setiausaha ) - 0192002556
3. En Jefrie Bin Abdul Manaf
( Fasa Impian ) - 0162923484
4. En Azmi Bin Mohd Yusof (
Fasa Gemilang ) - 0122564494
5. En Hero Salleh Bin Yeop
Khalid ( Fasa Harmoni ) – 0193322186
Keperihatinan tuan/puan
bagi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan keindahan kawasan taman kita
amatlah di hargai.
Sekian.
SETIAUSAHA PERSATUAN