Saturday, April 12, 2014

ADUAN, PERMASALAHAN DAN PERMOHONAN BAGI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN

Satu aduan, cadangan dan permasalahan yang lengkap telah di serahkan kepada Ahli Majlis Winston Phua pada 2hb April 2014 untuk disampaikan kepada pihak yang berwajib, antaranya kandungannya ialah:

1. Air longkang yang bertakung di depan dan di
belakang rumah
2. Permohonan bonggol jalan
3. Permohonan lampu taman /lampu badminton
4. Mencantas dahan pokok

Kepada penduduk yang masih mempunyai masalah dan cadangan penambahbaikan yang sesuai, bolehlah menghantar aduan beserta gambar melalui whattups AJK persatuan ataupun terus ke email persatuan gemilangharmoniimpian@gmail.com

 
 
 


















PERASMIAN PEJABAT PERSATUAN PADA 15HB DISEMBER 2013































 
Sekitar Majlis Perasmian Pejabat Persatuan Penduduk Oleh Timbalan Ketua Balai Polis Klang Utara.. Tuan Sapie

TAKLIMAT KAWALAN KESELAMATAN

Satu taklimat mengenai kawalan keselamatan di kawasan perumahan kita akan diadakan pada 23/3/2014 ( Ahad ) jam 8.00 pagi di Pejabat Persatuan ( berhadapan kedai makan Jalan Harapan 5B ) .
 
Taklimat akan di sampaikan oleh Persatuan Sukalerawan Malaysia. Kepada penduduk yang mempunyai pertanyaaan sila ajukan semasa taklimat tersebut.
 



SENAMROBIK PERTAMA

senamrobik pertama bersama penduduk - 16/2/2014
 






 

PAPAN TANDA CEGAH JENAYAH




Pemasangan Papan Tanda Cegah Jenayah

Terdapat 2 buah papan tanda yang telah di pasang iaitu di depan Pejabat Persatuan dan satu lagi di Jalan Harapan 5O.
 
Tujuan papan ini di pasang adalah untuk mengingati penduduk sekiranya berlakunya sebarang kecemasan bolehlah menghubungi nombor yang tertera.

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI MAJLIS

Satu perjumpaan dengan Ahli Majlis iaitu Mr Winston Phua telah diadakan pada 2/4/2014 di pejabat persatuan penduduk Fasa Gemilang, harmoni dan Impian dan di hadiri oleh wakil setiap persatuan penduduk di sekitar Sg Kapar Indah.
 
Isu yang di bincangkan ialah mengenai permasalah di kawasan SKI. segala aduan atau permasalah hendaklah di laporkan kepada persatuan masing2 agar senang tindakan di ambil. Pada masa tersebut juga pihak persatuan telah menyerahkan satu buku aduan,cadangan dan permasalah taman agar dapat di ambil perhatian dan selesaikan dengan sebaik yg mungkin.
 
Bagi penduduk fasa Gemilang, harmoni dan impian anda bolehlah menyalurkan aduan berserta gambar ke email persatuan iaitu gemilangharmoniimpian@gmail.com
 
 
 

Monday, January 27, 2014


Tarikh    : 21hb Januari 2014


Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian
Taman Sungai Kapar Indah
42200 Kapar Klang

 
Tuan/puan
 
ADUAN, MASALAH ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MEMELIHARA KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN BAGI PENDUDUK DI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN, TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH , KLANG SELANGOR
 

Adalah dengan ini pihak persatuan ingin memaklumkan bahawa Pihak Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, Taman Sungai Kapar Indah akan bekerjasama dengan persatuan perduduk di sekitar Taman Sungai Kapar Indah bagi mengadakan Sesi Dialog Bersama dengan YB Dr Daroyah Binti Alwi serta Badan-badan kerajaan yang berkaitan. Majlis ini dijangka akan di adakan pada pertengahan bulan Febuari 2014 ini. Maklumat lanjut akan di beritahu dari masa ke semasa melalui facebook  dan blogs persatuan.

 Oleh yang demikian, pihak persatuan ingin memohon kerjasama semua penduduk yang mempunyai sebarang aduan atau pun cadangan yang bernas bagi mempertingkatkan lagi keselamatan, keharmonian dan keindahan kawasan kita. Contoh aduannya adalah seperti aduan anjing liar, sampah tidak dikutip, peralatan taman rosak, jalan rosak, aduan/cadangan mengenai keselamatan dan sebagainya yang di fikirkan perlu dan sesuai.

 
Borang aduan/cadangan ini hendaklah di hantar kepada pihak persatuan selewat-lewatnya pada 5hb Febuari 2014. Selepas itu pihak persatuan akan mengumpulkan semua aduan tersebut dan akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga memperolehi borang aduan ini daripada:-

1.       Facebook persatuan  - gemilangharmoniimpian/facebook
      2.       Blogs Persatuan - gemilangharmoniimpian.blogspot.com
3.       Atau hantarkan email tuan/puan ke email persatuan - gemilangharmoniimpian@gmail.com

Setiap aduan hendaklah disertakan dengan gambar dengan lokasi aduan agar senang untuk di ambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah berhubung dengan timbalan persatuan disetiap  fasa iaitu:

1.       En Zakaria Bin Ismail ( Pengerusi Persatuan ) - 0163864459
        2.       Mokhtarudin Bin Mohamad Nor ( Setiausaha ) - 0192002556
3.       En Jefrie Bin Abdul Manaf ( Fasa Impian ) - 0162923484
4.       En Azmi Bin Mohd Yusof ( Fasa Gemilang ) - 0122564494
5.       En Hero Salleh Bin Yeop Khalid ( Fasa Harmoni ) – 0193322186


Keperihatinan tuan/puan bagi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan keindahan kawasan taman kita amatlah di hargai.

Sekian.
 
SETIAUSAHA PERSATUAN