Saturday, April 12, 2014

ADUAN, PERMASALAHAN DAN PERMOHONAN BAGI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN

Satu aduan, cadangan dan permasalahan yang lengkap telah di serahkan kepada Ahli Majlis Winston Phua pada 2hb April 2014 untuk disampaikan kepada pihak yang berwajib, antaranya kandungannya ialah:

1. Air longkang yang bertakung di depan dan di
belakang rumah
2. Permohonan bonggol jalan
3. Permohonan lampu taman /lampu badminton
4. Mencantas dahan pokok

Kepada penduduk yang masih mempunyai masalah dan cadangan penambahbaikan yang sesuai, bolehlah menghantar aduan beserta gambar melalui whattups AJK persatuan ataupun terus ke email persatuan gemilangharmoniimpian@gmail.com

 
 
 


















PERASMIAN PEJABAT PERSATUAN PADA 15HB DISEMBER 2013































 
Sekitar Majlis Perasmian Pejabat Persatuan Penduduk Oleh Timbalan Ketua Balai Polis Klang Utara.. Tuan Sapie

TAKLIMAT KAWALAN KESELAMATAN

Satu taklimat mengenai kawalan keselamatan di kawasan perumahan kita akan diadakan pada 23/3/2014 ( Ahad ) jam 8.00 pagi di Pejabat Persatuan ( berhadapan kedai makan Jalan Harapan 5B ) .
 
Taklimat akan di sampaikan oleh Persatuan Sukalerawan Malaysia. Kepada penduduk yang mempunyai pertanyaaan sila ajukan semasa taklimat tersebut.
 



SENAMROBIK PERTAMA

senamrobik pertama bersama penduduk - 16/2/2014
 






 

PAPAN TANDA CEGAH JENAYAH




Pemasangan Papan Tanda Cegah Jenayah

Terdapat 2 buah papan tanda yang telah di pasang iaitu di depan Pejabat Persatuan dan satu lagi di Jalan Harapan 5O.
 
Tujuan papan ini di pasang adalah untuk mengingati penduduk sekiranya berlakunya sebarang kecemasan bolehlah menghubungi nombor yang tertera.

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI MAJLIS

Satu perjumpaan dengan Ahli Majlis iaitu Mr Winston Phua telah diadakan pada 2/4/2014 di pejabat persatuan penduduk Fasa Gemilang, harmoni dan Impian dan di hadiri oleh wakil setiap persatuan penduduk di sekitar Sg Kapar Indah.
 
Isu yang di bincangkan ialah mengenai permasalah di kawasan SKI. segala aduan atau permasalah hendaklah di laporkan kepada persatuan masing2 agar senang tindakan di ambil. Pada masa tersebut juga pihak persatuan telah menyerahkan satu buku aduan,cadangan dan permasalah taman agar dapat di ambil perhatian dan selesaikan dengan sebaik yg mungkin.
 
Bagi penduduk fasa Gemilang, harmoni dan impian anda bolehlah menyalurkan aduan berserta gambar ke email persatuan iaitu gemilangharmoniimpian@gmail.com